Babadon
Alat muzik babadon tergolong dalam jenis idiophone. Babadon pada awalnya digunakan oleh para pedagang tempatan di Borneo khasnya Sabah hari ini (pedagang peralatan perkakasan termasuk alat muzik tradisi) untuk melaraskan ton atau nada sesebuah alat muzik seperti gong, sompoton sigi, togunggu/tagunggak, kurunggu dan beberapa alat muzik tradisi yang lain. Babad adalah perkataan bahasa Dusun yang bererti ‘susun’ dalam bahasa Melayu atau istilah ‘laras’ dalam bahasa Indonesia merupakan barisan kepingan buluh yang telah ditentukan terlebih dahulu nadanya dengan memotong kepingan tersebut dalam pelbagai saiz dan ukuran. Babadon juga digunakan sebagai alat muzik yang menggantikan gong dalam sesuatu majilis adat pada waktu dahulu. Ketika kumpulan muzik buluh ditubuhkan, alat muzik babadon juga telah dimasukkan bagi memperkayakan nada dalam mana-mana lagu yang dimainkan.
Babadon telah diaplikasikan kedalam orkestra dan telah membuat persembahan kumpulan buluh kepada persembahan orkestra pada 1996 dan gabungan orkestra Barat pada tahun 2013 melalui seorang pelajar dari UNIMAS. Babadon telah dilaraskan kepada bentuk yang lebih moden seperti susunan not yang terdapat pada alat muzik piano untuk memudahkan ia dimainkan serta menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya.