Biula
Alat muzik tradisional Biula merupakan salah satu alat muzik yang ditemui dalam kalangan masyarakat Rungus di Sabah. Gambar yang disertakan adalah daripada suku kaum Rungus di Daerah Pitas iaitu Kampung Mangkapon. Alat muzik ini adalah adalah hasil asimilasi daripada suku Kaum Iranun di sabah. Selain suku kaum Rungus kaum Tobilung dan bajau juga memiliki alat seperti ini. Alat muzik biula merupakan alat muzik tradisional yang dikategorikan sebagai alat muzik jenis kordofon (Bowed lutes). Alat muzik ini diperbuat daripada jenis kayu lembut yang mudah dilentur untuk membentuk rupa seperti violin klasik. Alat muzik ini mempunyai tiga tali yang diperbuat daripada tali nylon dan menyerupai violin klasik dari segi reka bentuk rangka. Namun cara bermain adalah berbeza dengan violin klasik iaitu dengan mengepit biula diantara kaki untuk bermain. Cara lelaki dan perempuan kaum Rungus bermain adalah berbeza.
Link muzik lagu Biula “Antad Iranun Kumaa Rungus”