Somporing
Alto Somporing diperbuat daripada buluh yang keras. Dalam bahasa tempatan di Sabah, buluh keras yang dimaksudkan adalah disebut sebagai ‘Malui’. ‘Malui’ merupakan sejenis buluh yang mempunyai sifat yang keras dan tahan lama.Somporing merupakan adaptasi daripada saxofon yang telah dicipta oleh Adolphe Sax. Somporing telah dicipta oleh seorang penggiat seni tempatan, iaitu saudara Philipus Jani. Beliau merupakan seorang anak jati tempatan yang berasal dari Tambunan, Sabah. Melalui kajian terhadap saxofon moden yang dilakukan oleh beliau selama tiga belas tahun, akhirnya beliau berjaya mencipta saxofon sendiri dan telah menamakan alat muzik itu sebagai Somporing. Beliau telah menggunakan batang buluh sebagai komponen asas pada somporing. Setakat ini, saudara Philipus Jani telah berjaya mencipta dua jenis somporing iaitu Somporing Tenor (jenis C) dan Somporing Alto (jenis A).
Somporing biasanya dimainkan dalam sesebuah kumpulan yang dinamakan sebagai orkestra bambu yang terdapat di Sabah. Somporing juga biasanya dimainkan dalam persembahan solo oleh individu yang mahir dalam memainkan alat muzik ini.

Lagu-lagu yang pernah dimainkan oleh Somporing:
1. Amazing Grace (John Newton)
2. Oh Susanah(Stephen Foster)
3. SayangKinabalu (KiminMudin)
4. Alto Somporing Tune (BJ Rick Somiun, 2013)
1. Amazing Grace (John Newton)
2. Oh Susanah(Stephen Foster)
3. SayangKinabalu (KiminMudin)
4. Alto Somporing Tune (BJ Rick Somiun, 2013)