Tongkungon
Tongkungon merupakan alat muzik tradisional jenis kordofon atau tube zither lazimnya dimiliki oleh masyarakat Kadazandusun di daerah Tambunan, Penampang dan Tuaran. Ia diperbuat daripada tiub buluh yang besar dengan jalur nipis yang dipotong permukaannya untuk membentuk rentetan yang boleh ditala menggunakan serpihan-serpihan kayu atau rotan kecil pada penghujung setiap tongkungon. Secara umumnya alat muzik ini terdapat 4-8 tali, tetapi pemain mahir yang membuat tongkungon mungkin memilih sehingga 15 tali.
Tongkungon sebenarnya adalah pengganti atau alternatif lain kepada alat muzik tradisional Dusun iaitu gong. Hal ini kerana untuk memainkan dan mendengar paluan bunyi gong, ia memerlukan pemain yang ramai. Tetapi dengan menggunakan tongkungon, mereka boleh memainkan dan mendengar paluan bunyi gong itu dengan seorang pemain sahaja. Irama yang boleh dimainkan alat muzik tongkungon adalah sama dengan paluan gong. Alat muzik tersebut dimainkan atau dibunyikan dengan cara tali-talinya. Ia mempunyai dua bahagian iaitu kord dan resonator. Apabila kord dikikis oleh panah atau jari, getaran akan terhasil dan ianya dikuatkan dengan resonator. instrumen ini dikelilingi dengan pelbagai mitos dan cerita-cerita asal usulnya. Tongkungon dianggap sebagai lelaki di daerah Tambunan, dan ia sering dimainkan oleh lelaki muda semasa majlis perkahwinan. Jika wanita muda tertarik dengan lelaki muda yang memainkan tongkungon tersebut, maka wanita muda tersebut akan mengeluarkan instrumennya iaitu sundatang dan membalas lagu yang dimainkan oleh lelaki muda tersebut.

Pemain Tongkungon